Terdapat 3 sebab mengapa kita mengamalkan pemakanan organik:
1. Pemulihan
Kebanyakan dari kita mengidap pelbagai penyakit berpunca daripada makanan kita. Makanan bertoksin tinggi akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, diabetik, strok, lemah jantung, sembelit, tiroid, fibroid, barah, batu karang, kolesterol tinggi dan pelbagai lagi. Punca pencemaran adalah seperti ini.
Oleh itu, falsafah pemakanan organik ini adalah 'Makanan Adalah Ubat Terbaik, Makanan Organik Adalah Makanan Terbaik'.
Bagi pesakit diabetik, pesakit perlu meningkatkan fungsi pankreasnya yang telah kurang menghasilkan insulin yang mana ia sepatutnya menukar kandungan gula di dalam darah kepada tenaga. Bagi pesakit diabetik, mereka perlu mengambil makanan organik setiap 2 jam sehari bagi meningkatkan sistem endokrinnya.
Bagi pesakit darah tinggi, mereka perlu menggantikan makanan harian dengan makanan organik bagi tujuan mengurangkan kandungan kolesterol dalam salur darah dan dalam tubuh mereka. Mereka sangat berkait rapat dengan gejala sakit jantung dan strok di mana sekiranya penyakit darah tinggi tidak di dikawal, mereka boleh diserang strok dan lemah jantung.
Bagi pesakit barah, mereka perlu mengambil makanan organik lebih kerap dan perlu berpantang sepenuhnya makanan di luar sana. Mereka perlu menghadkan pengambilan gula dan garam dan semua makanan diproses bagi mengelakkan kandungan bahan tambahan dalam makanan mengaktifkan sel barah dan melemahkan sel tubuh yang sihat.
Keperluan makanan: Set pengenalan dan 2 botol Melilea Organic
2. Terapi Organik
Terapi berpuasa adalah kaedah semulajadi membersihkan toksin dalam badan. Lebih banyak kita makan makanan di luar, lebih banyak toksin yang masuk dalam badan dan lebih banyak penyakit yang kita akan hidapi.
Terapi organik akan menghabiskan nutrien berlebihan dan menyingkirkan toksin, memperbaiki rembesan hormon yang aktif dan memberi kekuatan kepada mental serta mestabilkan pemikiran dalaman.
Terapi organik selama 2 - 3 hari boleh membersihkan sistem pengaliran darah. terapi selama 4 - 5 hari boleh menyingkirkan kesemua toksin di dalam hati dan jantung, dan terapi selama 7 hari boleh menyingkirkan toksin sepenuhnya daripada tubuh kita.
Apabila terapi puasa dilakukan di dalam sepanjang bulan Ramadhan, dengan hanya pengambilan makanan organik dan tiada sebarang makanan dimakan di siang hari, adalah dipercayai seseorang itu akan bersih keseluruhannya dari toksin, mental dan fizikalnya di dalam keadaan sangat baik, pembersihan secara total dialami dan sistem imun dalaman dan luaran adalah sangat kuat.
Keperluan makanan: Set pengenalan dan 1 botol Melilea Organic
3. Penyelenggaraan
Fasa penyelenggaraan adalah apabila penyakit yang dihidapi telah sembuh dan tubuh telah bersih dari sisa toksin selepas melakukan terapi organik. Kita perlu melakukan fasa penyelenggaraan ini bagi menjamin kesihatan total pada tubuh kita. fasa ini lebih mudah kerana kita hanya perlu mengambil makanan organik sekali sehari dan boleh memakan makanan biasa yang terdapat di luar sana. Apa yang berlaku ialah kita memakan makanan organik sebelum memakan makanan biasa dan makanan organik itu tadi akan membantu sistem pencernaan menghadam dan menyerap segala khasiat yang ada dan membantu mengkumuhkan segala bahan buangan serta toksin yang tidak diperlukan.
Lalui proses pemulihan, terapi dan penyelenggaraan ini untuk gaya hidup organik yang lebih baik dan kesihatan yang lebih bermakna.
Keperluan makanan: Set pengenalan sahaja
Zul