Berdasarkan laporan ABC News Prime Time, kebanyakan penduduk di Yuzurihara, Jepun berusia lebih dari 85 tahun. Mereka kesemuanya hidup dengan penuh produktiviti seperti bertani, berniaga dan beriadah setiap hari. Mereka memiliki kulit yang muda, sendi-sendi yang masih mudah lentur, tidak berkaca mata untuk membaca dan di sini masalah kesihatan seperti diabetik, penyakit jantung dan kanser adalah sangat minima. Dr Toyosuke Komori, doktor di bandar tersebut dan penulis kepada 5 buku mengenai Yuzurihara menyatakan sebab usia panjang penduduk di daerah ini adalah disebabkan diet yang berzat besi, zat sayur-sayuran yang menghasilkan asid hyaluronik yang tinggi dalam tubuh.
Yuzurihara adalah sebuah perkampungan yang jaraknya 2 jam dari bandaraya Tokyo, Jepun. Pertubuhan Kesihatan Dunia di Jepun telah menjalankan kajian terhadap 990 penduduk dan mendapati mereka mempunyai usia yang panjang. Makanan harian mereka adalah sayur-sayuran melekit yang dipanggil moloheiya, kaya dengan zat besi dan kalsium. Mereka memakan jagung, akar taro, okra, kentang, nasi dan lain-lain sayuran berkanji yang banyak menghasilkan asid hyaluronik.
Asid Hyaluronik
Asid ini dijumpai secara semulajadi di dalam semua organisma hidup dan ia berbentuk gel yang ujud di antara sel dan tisu yang bersambung. Ia bersifat sebagai kusyen kepada sendi dan saraf bagi mengelakkan degenerasi sel. Asid hyaluronik melembapkan kulit, rambut dan membasahkan mata. Apabila usia semakin lanjut, tubuh semakin kurang menghasilkan asid hyaluronik menyebabkan kulit dan sel tubuh kehilangan kelembapan dan elastisiti. Ini mengakibatkan kedutan, mata yang kering, rambut nipis dan pengurangan tulang rawan.
Diet Yang Kaya Dengan Serat
Universiti Cornell melapurkan serat dari 10g kacang soya setiap hari dapat menambahkan bakteria baik dan perut dan mengurangkan enzim karsinogen. Ini adalah fakta yang mengaitkan di antara diet serat dan penuaan.
Kajian oleh Institut Penyelidikan Fizikal dan Kimia Jepun telah mendapati bahawa, najis dari penduduk Yuzurihara yang berusia 84 tahun mempunyai bakteria anaerobik yang sangat kurang berbanding penduduk Tokyo yang berusia 68 tahun. Bakteria anaerobik adalah bakteria yang boleh menyebabkan penyakit dan jangkitan. Kajian mengenalpasti bahawa perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan diet yang mengandungi serat yang tinggi di antara kedua-dua sampel.
No comments:
Post a Comment