Saturday, 30 June 2012

Gaya Hidup Organik Organik: Makanan Organik Ketika Umrah dan Haji

Sebagaimana yang sedia maklum, makanan organik sememangnya memberikan tenaga bagi mereka yang melakukan tugas dan kerja yang berat dan berterusan dalam jangka waktu yang lama. Makanan organik Melilea mampu membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan semasa melakukan tugasan berat.


Bagi mereka yang berhajat untuk melakukan Haji dan Umrah, makanan organik sangat sesuai dijadikan makanan tambahan ataupun makanan gantian. Dengan tumpuan sepenuhnya kepada kerja-kerja ibadah di tanah suci Mekah dan Madinah, adalah perlu tenaga yang cukup dibekalkan dari makanan yang dimakan ketika di sana.


Bagi mereka yang mengerjakan Umrah dan Ziarah, pengambilan makanan organik bolehlah dilakukan seawal pagi sebelum keluar ke masjid untuk solat subuh. Disamping itu, bawa 1 botol kosong yang telah siap dengan ramuan 1 skup Melilea Organik, 3 skup Soya Organik dan 2 Skup Epal Organik. Jangan dicampurkan dengan air dan terus ke masjid. Apabila tiba waktu lapar atau makan tengahari di masjid, ambil air zam-zam sebanyak 300ml yang mana peti air tersebut banyak terdapat di pintu dan tiang-tiang masjid. Kocakkan ramuan Melilea Organik dan air zam-zam tersebut dan terus minum. Banyakkan minum air di tanah suci untuk mengelakkan kekurangan air dan disebabkan kita mengamalkan makanan sayur dan herba. ramuan makanan organik dan air zam-zam menjadi kombinasi yang sangat hebat kerana makanan organik adalah makanan yang sangat bersih dan tinggi nilai nutrien sementara air zam-zam adalah air mukjizat nabi Ismail yang mengandungi nutrien dan galian yang tinggi.


Bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji, bawa botol bertutup dan ramuan Melilea Organik yang tidak bercampur air ketika melakukan ibadah rukun dan ibadah wajib seperti miqat, towaf, sa'i, meluntar jamrah, dan sebagainya. Campurkan ramuan makanan organik Melilea sekiranya berasa lapar atau sekiranya tiba waktu makan. Makan makanan organik terlebih dahulu sebelum memakan makanan yang disediakan oleh pihak tabung Haji ataupun pihak muassasah. 


Sekiranya pulang ke hotel atau ke tempat penginapan, bancuh sekali lagi makanan organik melilea sebelum memakan makanan yang disediakan oleh pihak hotel. Banyakkan minum air bagi mengelakkan kekurangan air dalam tubuh.


Dengan mengamalkan kaedah ini, para jemaah haji dan umrah akan bertenaga dan sangat sihat untuk melakukan kerja-kerja ibadah samada wajib mahupun sunat. InsyaAllah, kita mendoakan semoga para jemaah dikurniakan pahala ibadah dan haji yang diterima Allah. Amin Ya rabbal Alamin.


No comments:

Post a Comment