Friday, 7 October 2011

Gaya Hidup Organik: Gejala Darah Tinggi



Jantung bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?
Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
• Sebab yang tidak diketahui (90%)
• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Bagaimana Melilea Greenfield Organic Mengatasi Masalah Darah Tinggi Ini?

Melilea Greenfield Organic mengandungi 26 jenis sayur-sayur, bijiran dan mineral yang mampu mengatasi pelbagai masalah tekanan darah tinggi. Kandungan 26 jenis sayur-sayuran yang terdapat di dalamnya mampu berfungsi untuk mengembangkan salur darah serta menurunkan kandungan kolesterol di dalam darah. Vitamin P di dalam lemon sangat berguna untuk melancarkan peredaran darah dan mencegah berlakunya pendarahan.

Amalkan mengambil Melilea Greenfield Organic (MGO) setiap hari dengan menggantikan makanan harian. Lakukan terapi berpuasa untuk satu atau dua hari sebagai permulaan dan seterusnya tiga ke empat hari sekiranya telah biasa mengamalkannya.

Cara hidangan, bancuh 1 skup MGO, 1 skup soya organik dan 1 skup epal organik bagi setiap hidangan. Gantikan 3 hidangan makanan sehari seperti sarapan pagi, makan tengahari, minum petang atau makan malam. Amalkan berterusan. Anda akan dapat melihat kesannya dalam tempoh 5 - 6 hari. Tekanan darah akan menjadi normal, pembuangan najis akan sempurna dan kesihatan akan lebih baik.

No comments:

Post a Comment