Sunday, 9 October 2011

Gaya Hidup Organik: Gejala Diabetik dan Penyembuhan




Diabetis Mellitus
Diabetis Mellitus adalah keadan di mana pankreas telah berhenti mengeluarkan insulin atau penhasilan hormon yang tidak cukup untuk keperluan tubuh. Akibat dari kekurangan insulin, glukos tidak dapat diserap dengan sempurna oleh hati dan sel-sel yang memerlukan tenaga. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos.


Tedapat 2 jenis diabetis mellitus: Jenis 1 iaitu bergantung kepada insulin dan jenis 2 tidak bergantung kepada insulin.


Pengidap diabetes bergantung kepada insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Sekiranya berlarutan, keadaan ini boleh menyebabkan pesakit menjadi koma dan boleh membawa maut. Diabetis ini terjadi apabila sistem imun memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya sel yang akan menghasilkan insulin untuk menghadamkan glukos kepada tenaga.


Diabetis ke dua pula adalah deabetis peringkat matang . Sebagahian besar pengidap diabetes adalah diabetis jenis ini. Ia bermula apabila tubuh kita menggunakan insulin dengan tidak berkesan. Bila keperluan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak mampu mengeluarkan jumlah insulin yang diperlukan. Diabetis ini berlaku disebabkan faktor lanjut usia, ketahanan glukosa yang terencat, bangsa, kurang latihan fizikal dan keturunan.


Diabetis ketika hamil
Ia adalah sejenis alahan kepada glukos pada sebahagian wanita mengandung. Diabtis jenis ini kerap berlaku kepada wanita yang kuat makan atau yang mempunyai keturunan penyakit diabteis. Semasa mengandung wanita ini diperlukan menurunkan kandungan gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. 90 hingga 95% wanita akan sembuh selepas bersalin. 5 hingga 10% pula akan terus mengidap diabetis jenis 2 selepas bersalin. 20 hingga 50% wanita yang mengidap diabetis ketika hamil, boleh mengidap diabetis kekal dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Anak yang dilahirkan mudah dijangkiti demam kuning.sekiranya ibunya mengidap diabeetis ketika hamil.


Kesemua jenis diabetik secara umumnya menunjukkan tanda-tanda yang sama. Kerap buang air kecil siang atau malam. Untuk diabetik jenis 2, tanda-tanda tompok putih (glukosa yang kering) pada bahagian sulit, kesan yang merujuk kepada kandungan gula dalam darah yang tinggi seperti batu karang, jangkitan salur kencing, berat badan berlebihan, rasa haus tak terhingga dan hypertension. Pada peringkat seterusnya ia akan mengakibatkan buta, keletihan yang teramat sangat hinggakan nak bangun dari tidur pun merupakan satu masalah besar, kegagalan buah pinggang yang kronik, strok dan serangan jantung.


Makanan Organik menggalakkan corak pembahagian sel dan pembezaan, dan memulihkan sistem endokrin bagi pengedaran gula dalam darah, lipid, pengambilan tenaga, dan fungsi sistem imun.  Makanan perlulah kurang kalori dan alkali tetapi tinggi dengan serat. Serat mengawal glycemia dan metabolisma.

Makanan Organik membantu mencegah 180 jenis racun perosak yang diketahui mengganggu pembangunan atau fungsi sistem endokrin.

Makanan Organik membantu mencetuskan atau mengekalkan rasa kenyang,sekali gus mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan.

Makanan Organik mengurangkan atau menghadkan kerosakan pada selular dan genetik yang dilakukan oleh radikal bebas, dan dengan cara ini mengurangkan risiko kencing manis dan penyakit lain yang disebabkan oleh keradangan (arthritis, penyakit kardiovaskular) dan memperlahankan pertumbuhan sel kanser.

Makanan Organik juga melambatkan malahan mengundurkan sesetengah aspek neurologi tertentu daripada proses penuaan, yang membawa kepada ingatan yang lebih baik dan mengekalkan kemahiran kognitif. 

Makan diet yang teliti, kurang kalori dan alkali. Kurang lemak, tinggi kandungan fiber dan karbohidrat kompleks. Makanlah banyak kacang soya, bayam, oat, aprikot, sayuran segar dan buah-buahan. Makan makanan yang mempunyai kandungan chromium yang tinggi, gandum, kacang merah, makanan dari soya, telur, timun dan cendawan.

80% makanan perlulah mentah bagi membolehkan rangsangan keatas pankreas bagi meningkatkan pengeluaran insulin. Jangan makan berlebihan. Elakkan makanan diproses atau diawet. Bersenam, jangan merokok kerana rasa haus akan ditambah oleh nikotin.
  

No comments:

Post a Comment