Merujuk kajian, makanan organik lebih berkhasiat berbanding makanan biasa, mencegah penyakit dan boleh memanjangkan umur.
Artikel ini dan artikel seterusnya akan mengupas kelebihan makanan organik dan kaitan rapatnya dengan kesihatan dan usia yang panjang.
Makanan Organik Memiliki Antioksidan 50% Lebih Tinggi
Menurut kajian yang dibiayai oleh Uni Eropa, buah-buahan dan sayuran organik mempunyai 50% antioksidan lebih tinggi, yang dipercaya dapat menurunkan risiko kanser dan penyakit jantung. Makanan organik juga mengandung lebih banyak vitamin dan mineral seperti besi dan zink. Makanan organik lebih kuat melawan kanser dan mereka yang mengamalkan gaya hidup organik mempunyai kekebalan tubuh yang lebih tinggi di dalam melawan penyakit, tidur lebih nyenyak, dan berat badannya lebih ringan dari mereka yang tidak mengamalkan pemakanan organik.
Rasa yang lebih Sedap
Buah-buahan dan sayuran organik memiliki rasa yang lebih sedap berbanding yang bukan organik. Itulah mengapa banyak restoran terkenal menggunakan produk organik. Pada masa sekarang, kebanyak buah-buahan dan sayuran komersil telah dimodifikasi genetiknya (Genetically Modified Organisma) supaya kelihatan cantik, segar, menarik dan tahan lama. Strawberi, timun, oren, bayam dan sebagainya mungkin nampak cantik dipandang mata tetapi hakikatnya rasa tidak sesedap yang di tanam secara organik.
Lebih Selamat Untuk Bayi dan Anda
Kelebihan makanan organik paling dirasai oleh bayi anda. Kebanyak bayi dilahirkan bersama-sama 200 zat yang mengandung toksin dan karsinogen dalam tubuhnya. Pada usianya mencapai umur 2 tahun, sebagian besar kadar toksin mencapai tahap yang mematikan. Dengan memberi makanan organik kepada anak anda, ia akan menurunkan jumlah karsinogen dalam darah bayi anda hingga hanya 1/6 bahagian berbanding sekiranya anda memberikan mereka makanan tak organik. Ini mampu mengelakkan anak dan bayi anda dari mgnalami penyakit yang berleluasa sekarang ini.
Radiasi
Pernah tak anda lihat bahawa sayur-sayuran organik yang terdapat di supermarket atau pasaraya besar cepat dan mudah busuk berbanding sayur-sayuran bukan organik? Sebabnya adalah kerana sebahagian besar makanan tersebut disinarkan radiasi bagi membunuh bakteria dan mengawet makanan tersebut supaya lebih segar lebih lama. Tetapi ia juga akan mengubah struktur dan daya hidup makanan tersebut. Beberapa kaedah digunakan samada memancarkan tenaga elektron, atau sinar X. Oleh itu salah satu keuntungan makanan organik adalah masih memiliki daya hidup (life force). Biji organik yang masih mentah boleh tumbuh bila disemai, tetapi biji yang sudah dimasak dan diradiasi tidak dapat tumbuh menjadi tanaman baru. Itulah yang dkatakan sebagai daya hidup.
Modifikasi Organisma Gentik Yang Dirahsiakan
Makanan yang dihasilkan dari modifikasi genetik (Genetically Modified Organisme) dapat menimbulkan alergi dan menurunkan sistem kekebalan tubuh.
Haiwan Ternakan Organik Lebih Sihat
Daging, ikan dan ayam organik adalah lebih menyehatkan untuk anda. Peternakan dan peladang organik tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, hormon pertumbuhan atau antibiotik. Antibiotik dan hormon pada ternakan non-organik tidak hanya mempengaruhi haiwan ternak yang memakannya. Antibiotik dan hormon ini akan berkumpul didalam jaringan sistem tubuh haiwan tersebut (terutama di jaringan lemak). Haiwan yang berada pada posisi teratas rantai makanan akan memiliki kadar tertinggi dari bahan kimia tersebut. Lembu dan ayam akan menyimpan sebagian besar bahan tambahan yang pernah dimakannya (secara langsung atau tidak langsung). Haiwan ternakan yang diternak diberi sejumlah besar ikan (yang sudah terkena pencemaran), atau makanan yang sudah disembur racun makhluk perosak.
Salah satu kelebihan makanan organik adalah bahwa penternakan organik memperlakukan haiwan ternak mereka dengan lebih baik. Mereka mengutamakan kesejahteraan haiwannya seperti kawasan ternak yang luas bebas, air minuman yang bersih sehingga binatang ternak tersebut menjadi lebih sehat.
Mesra Alam
Pertanian dan penternakan organik sangat baik untuk alam sekitar. Kaedah pertanian konvensional menyebabkan pengikisan tanah dan menggunakan racun dan bahan kimia berbahaya, yang hanya akan hilang setelah berabad-abad. Sebagai contoh DDT meskipun nampak tidak berbahaya tetapi sangat buruk untuk kesihatan anda. Meskipun bahan ini telah dilarang selama beberapa tahun belakangan ini, tetapi kenyataannya DDT tetap ditemukan hampir di seluruh air, manusia dan haiwan di dunia. Salah satu keuntungan makanan organik adalah dengan membelinya dapat memberikan pengaruh positif untuk alam sekitar, serta haiwan dan manusia yang hidup di dalamnya.
No comments:
Post a Comment