Waktu mengandung adalah waktu paling membahagiakan bagi seorang ibu dan ini adalah masa yang sangat penting untuk menjamin kesihatan bayi dalam kandungan. Inilah waktu yang paling penting bagi seseorang ibu untuk mengambil pemakanan organik demi kesihatan ibu dan bayi.
Tahukah anda siapakah yang mengambil pemakanan organik di waktu mengandung?
Beyonce Knowles, penyanyi terkenal Amerika Syarikat. Pakar kesihatan dan ibu mengandung United Kingdom, Vicky Warr membincangkan rahsia bagaimana Beyonce mengekalkan kesihatan, tenaga dan bentuk badan sewaktu mengandung. Inilah rahsianya.
Beyonce mengambil sayur-sayuran hijau dan salad dengan banyak berbanding sebelum mengandung. Sebelum mengandung, Beyonce gemar mengambil makanan yang telah siap berpaket sebagai makanan harian. Ini sangat penting kerana telah ditemui Folic Asid di dalam makanan 'segera' kegemarannya yang membantu pengembangan spinal dan kecacatan otak. Sayuran hijau juga mengandungi kalsium yang membantu pembangunan tulang bayi dalam kandungan.
Buah-buahan segar juga menjadi sebahagian pelan nutrisi sebelum mengandungnya, dijadikan snek yang memberikan vitamin dan nutrien sebagai sumber tenaga untuk menyanyi, majlis anugerah dan sesi temuramah. Sayur-sayuran yang banyak memberikan tenaga yang banyak dan meningkatkan sistem imun terhadap batuk dan demam selsema.
Beyonce mengambil sedikit daging merah. Beliau cuma mengambil stik daging merah organik sebagai sumber zat besi yang diperlukan ibu mengandung. Beliau juga mengambil sardin 2 kali seminggu untuk tenaga.
Beyonce juga meminum banyak air untuk kulit yang cantik . Ini akan dapat mengelakkan sembelit, mengekalkan tenaga dan mengelakkan kekurangan air.
Beyonce juga menjalankan aktiviti latihan fizikal bagi mengekalkan bentuk tubuh dan mengelakkan sakit belakang. Beyonce telah membelanjakan USD1 juta mendapatkan khidmat pakar nutrisi yang terdiri dari regimen pemakanan semulajadi dan organik.
No comments:
Post a Comment