Memasuki perkampungan Campodimele di selatan Itali adalah seperti melangkah ke era zaman lampau, era di mana stress masih lagi belum dicipta dan udaranya membawa suasana nyaman dan tenteram. Pemodenan dan Americanizzazione, istilah arus permodenan yang biasa digunakan di sini, masih belum menyentuh 'syurga' kesihatan fizikal dan mental ini.
Penduduk Campodimele menjadi msyhur dengan kesihatan dan panjang umurnya daerah ini digelar 'Kampung Eropah untuk Kesihatan Abadi'. Campodimele - nama berasal dari perkataan Latin campus mellis yang bermakna 'padang madu', mempunyai 840 orang penduduk yang terdiri dari seorang yang berumur 104 tahun, 40 orang berumur 90an dan 3 orang berumur 99 tahun. Meeka tidak hanya duduk diam menanti maut, tetapi mereka sangat aktif naik turun pergunungan dengan belia mereka, berborak sambil sibuk di ladang dan berkejaran menjaga kawanan kambing.
Anda tidak akan menemui hospital, farmasi dan doktor kerana mereka pun tidak memerlukan semua itu. Kajian menemui rahsia panjang umur mereka datang dari tekanan darah dan kadar kolesterol warga 'berlian' ini adalah sama seperti mereka berusia muda. Ini adalah disebabkan diet yang sangat sihat, hidup yang sangat aktif, air pergunungan yang bersih dan lokasi campodimele yang menyebabkan paras stress hampir tiada. Di sini lelaki mempunyai jangka usia lebih panjang dari wanita, mungkin disebabkan aktiviti yang aktif dan cara hidup yang kurang stress.
Kualiti makanan di Campodimele mungkin akan membuatkan pakar tukang masak menangis. Sangat segar, organik, ditanam sendiri, bermusim, rasa yang sangat sedap dan mudah. Penduduk tempatan sangat menikmati makanan mereka yang menyumbang kepada umur panjang, kaya dengan vitamin anti penuaan, galian dan lain-lain faedah tumbuh-tumbuhan,
Apakah Makanan Yang Dimakan Oleh Penduduk Campodimele, Itali
Mereka menanam sendiri dan memakan semua jenis sayur-sayuran Mediterranean yang dipetik sendiri dari ladang seperti artichokes, salad hijau, cendawan porcini, sayur-sayuram berakar, bayam, bawang merah, bawang putin dan tomato. Sayuran mereka dibajai dengan baja bernutrien tinggi dan direbus secara mudah dalam masa singkat. Mereka meminum air rebusan sayur yang dimasak tadi untuk mendapat mineral yang tertinggal semasa memasak. Mereka menanam dan memakan selasih, oregano, rosemary dan dimasukkan semasa segar ke dalam semua jenis masakan.
Mereka membuat sendiri pasta segar dipanggil laina, dan roti gandum yang diletakkan minyak zaitun. Mereka memasukkan kacang fagioli dan kacang cicerchie ke dalam sup. Mendapatkan protein dari kekacang, ikan, daging kambing, ayam, kesemuanya organik. Memakan keju yang disediakan secara organik dari susu kambing. Mereka 'makan sedikit untuk semua makanan'. Lebih memilih barli berbanding kopi. Banyak meminum air. Banyak menghabiskan masa degan rakan-rakan becerita tentang hidup sambil menikmati makanan.
Artikel seterusnya
Masyarakat panjang umur di Montacute, England
No comments:
Post a Comment