Tuesday, 29 November 2011

Gaya Hidup Organik: Makan Bersama Keluarga Dapat Mengurangkan Obesiti Anak-Anak

Laporan US News Health, dari 17 kajian terhadap beribu-ribu sampel mendapati bahawa 24% anak-anak yang kerap makan bersama keluarga memakan makanan lebih berkhasiat, kurang mengalami keracunan makanan  berbanding yang jarang makan bersama keluarga. 

Pengkaji kedoktoran yang bersekutu dengan Universiti Illinois di Urban-Champaign, Amber Hammons mendapati kenyataan di atas adalah berasas. Satu kajian menerusi internet yang melibatkan 183,000 anak-anak yang berusia dari 3 hingga 17 tahun mendapati fakta berikut:

12% kurang obesiti dan 20% kurang memakan gula-gula, makanan ringan, makanan segera sekiranya memakan 3 hidangan bersama keluarga

25% lebih rendah mengamalkan pemakanan tidak sihat sekiranya memakan 5 hidangan bersama keluarga.

35% dari jumlah tersebut kurang mengalami masalah usus seperti sembelit, muntah, pengambilan pil diet, merokok dan tabiat mengelak makan. Makan bersama keluarga melindungi anak-anak dari mengambil makanan tidak bernutrisi.

Ibu bapa dan keluarga memainkan peranan penting kerana mereka adalah 'role model' anak-anak. terdapat kaitan yang positif diantara keluarga dan nutrisi. Jika ibu bapa sama-sama melibatkan anak-anak dalam menanam sayur-sayuran hijau, ini akan memupuk kesedaran terhadap kesihatan, boleh tak anda bayangkan?

Lebih hebat lagi sekiranya kita memupuk anak-anak dengan pemakanan organik. Dengan memupuk kesedaran organik kepada anak-anak, kita sedang menyediakan generasi yang akan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap ekosistem dengan menghindari makanan yang mengandungi baja kimia, racun perosak, sayuran yang diubah genetik dan penggunaan pengawet. Ini akan dapat menyelamatkan dunia dengan mengurangkan penipisan ozon hasil penggunaan racun perosak, pencemaran air disebabkan baja kimia dan kumbahan berkimia dari bahan-bahan buangan.

Anak-anak yang terdidik dengan kesedaran ini akan lebih sedar tentang kesihatan, alam sekitar, iklim dunia dan akan menjadi lebih sihat dengan hidup bersama-sama dengan alam semulajadi.

No comments:

Post a Comment