Montacute, England
Montacute adalah sebuah perkampungan bersejarah yang mengunjur ke kawasan perkampungan berbukit di barat England dan amat digemari untuk lokasi penggambaran filem. Ia menjadi pusat pelancungan dengan kunjungan para pelawat dari seluruh dunia untuk melihat kesan sejarah zaman pertengahan sambil menikmati teh berkrim yang samgat terkenal di sini. Pengunjung akan menikmati laluan berbukit sempit dan berliku yang mana ia mendapat nama yang berasal dari bahasa latin Mons Acutus.
Tidak jauh dari tempat tumpuan pelancung ini, anda akan dapati perkampungan yang mana pokok-pokok menghijau merimbun, burung berkicau dan haiwan yang bebas hidup di kawasan pergunungan. Anda akan dapati warga tua yang sedang berkebun dan anda perlu melihat sekali lagi, sebab besar kemungkinan mereka adalah yang berusia dalam lingkungan 80an ke 90an.
Montacute adalah tempat di mana secara statistiknya mempunyai lelaki dan wanita yang mempunyai umur paling panjang di Britain. Rekod para pesara menunjukkan kebanyakan yang melebihi umur 70an hingga 90an datangnya dari daerah ini.
Rahsia panjang umur mereka adalah datangnya dari jenis tanah yang mereka duduki, tanah Yeovil dan apa yang mereka tanam di atasnya. Setiap penduduk menanam buah-buahan dan sayur-sayuran mereka sendiri di belakang rumah atau di kebun yang dikhaskan. Kentang, bayam, kacang panjang, bawang, kubis, ubi bit, lobak merah, pasli dan rosemary yang ditanam secara organik sentiasa ada di dalam menu harian mereka.Menggali hasil tanaman dan memakan sendiri membuatkan mereka cergas dan satu rasa kepuasan yang tinggi. Sesetengahnya mengalirkan air dari sungai terdekat untuk mengairi tanam-tanaman dan untuk minuman.
Pada hari minggu, selepas ke gereja, mereka akan duduk-duduk di laman hijau untuk bercerita tentang kehidupan, kasih sayang dan saiz kobis mereka. Pada hari-hari biasa pula mereka akan berseronok berborak di luar kotej mereka yang indah dan bertegur sapa di kalangan mereka berhampiran pejabat pos.
Hidup mereka sangat ringkas dan tidak mempunyai banyak wang tetapi mereka melihat diri mereka sangat kaya dengan perkara yang mereka kongsi bersama.
Apakah Yang DImakan Oleh Penduduk Montacute, England
Mereka memakan makanan organik yang ditanam sendiri. Mereka memakan epal, plum, cheri dan sayur-sayuran yang ditanam di belakang rumah dan di kebun. Minum air bersih dari sungai dan mengairi tanaman mereka dengan air tersebut. Memakan masakan daging yang disediakan secara tradisi dan ikan didapati dari supermarket berdekatan.
lain-lain artikel
Masyarakat panjang umur di dunia
No comments:
Post a Comment